fbpx
Tangkap layar penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaannya susulan beberapa pemandu kereta masih memecut laju walaupun lampu isyarat sudah bertukar merah.

[VIDEO] Terus pecut, tak peduli lampu isyarat bertukar merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan beberapa pemandu kereta mengabaikan lampu isyarat merah di sebuah persimpangan di ibu negara semalam dikecam orang ramai.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dikhuatiri boleh mengundang risiko kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menerusi perkongsian video di media sosial Teh O Ais MY, seorang penunggang motosikal terpaksa membelok ke kanan secara berhati-hati berikutan beberapa kereta masih memecut walaupun lampu isyarat bertukar merah.

“Beberapa kereta melanggar lampu isyarat merah dan menyusahkan beberapa kenderaan lain di sekitar laluan Setapak,” katanya.

Menerusi hantaran itu, terdapat beberapa pengguna media sosial menggesa supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi memastikan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan.

“Penunggang motosikal boleh saman tiga pemandu kereta itu,” kata @Eisoon Eusoof.

“Catat nombor plat, lapor kepada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) biar ada rekod. Nanti pandai la dia orang (mereka) menjawab,” cadang pengguna lain.

“Kenderaan kiri kanan lorong dah berhenti tu,” balas @Ijam Chubadak. – KOSMO! ONLINE

 

@tehoaisviral Keadaam beberapa kereta melanggar lampu merah dan menyusahkan kenderaan lain kawasan sekitar laluan setapak #viral ♬ Criminals – F.O.O.L

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN