fbpx
Polis melakukan kawalan di lokasi suspek ditahan di Mantin hari ini

Ayang ‘pakar bom’ ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SEREMBAN – Seorang individu yang dikenali sebagai Ayang serta dikehendaki polis kerana dipercayai menjadi dalang utama pembuatan puluhan Peranti Letupan Buatan Sendiri (IED) ditahan polis sekitar Mantin hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis kini memburu seorang lelaki warga tempatan yang disifatkan sebagai antara individu paling berbahaya, dipercayai dalang utama pembuatan puluhan IED susulan kejadian letupan di Desa Palma, Nilai Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN