fbpx
Keadaan trafik di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilaporkan sesak teruk.

[VIDEO] Trafik di Bukit Jalil sesak, peminat ‘Thalapathy’ Vijay mula banjiri stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dilaporkan sesak sejak tengah hari tadi ekoran peminat pelakon popular Selatan India yang kini bergelar ahli politik, Vijay, mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berdasarkan hantaran dimuat naik Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pergerakan kenderaan di laluan utama menuju ke kawasan stadium dilaporkan perlahan.

Difahamkan orang ramai dan pengunjung acara tersebut beransur-ansur tiba lebih awal bagi mengelakkan kesesakan menjelang waktu puncak petang.

Bagi melancarkan pergerakan penonton, Rapid KL memaklumkan operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi hari ini bagi menampung peningkatan permintaan perjalanan ke lokasi acara.

Selain acara ‘Thalapathy’ Vijay, beberapa acara lain turut berlangsung serentak di lokasi yang sama menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan utama.

Vijay yang juga dikenali sebagai ‘Thalapathy’ merupakan antara bintang utama industri filem Tamil semakin menonjol sejak kebelakangan ini sebagai tokoh politik selepas mengumumkan penubuhan parti Tamilaga Vetri Kazhagam (TVK) pada 2024.

Kehadirannya ke Malaysia turut menjadi tumpuan apabila media India melaporkan beliau menerima sambutan peminat sebaik tiba di Kuala Lumpur menjelang acara besar di Bukit Jalil, selain mencetuskan gelombang keterujaan komuniti peminatnya di luar India.

Kesesakan dijangka meningkat menjelang petang dan waktu malam susulan kemuncak ketibaan penonton ke kawasan stadium.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN