fbpx
Gambar hiasan

Siasatan kes murid sekolah agama ‘disentuh’ masih diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung kes amang seksual melibatkan seorang murid di sebuah sekolah agama di Kampung Pandan di sini masih diteruskan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan masih berjalan dan pihaknya akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perkembangan baharu berkaitan kes tersebut.

“Berhubung siasatan kes amang seksual itu, siasatan masih diteruskan dan pihak kami akan memaklumkan sekiranya ada sebarang perkembangan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Hi Tea Apresiasi Polis Kuala Lumpur bersama Media Tahun 2025 di Grand Millenium Hotel, di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan polis menerima satu lagi laporan baharu membabitkan seorang murid lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh seorang guru di sekolah agama berkenaan.

Fadil dilapor berkata, laporan terbaharu itu diterima polis pada pukul 1 tengah hari, 21 Disember lalu.

Pada Khamis lalu, seorang guru lelaki berusia 40 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sekolah berkenaan.

Penahanan itu dibuat susulan laporan yang diterima polis pada 16 Disember lalu.

Suspek kemudiannya direman selama enam hari sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN