fbpx
AARON dan Wooi Yik mungkin hanya menyertai 20 saingan sahaja musim depan untuk memastikan kondisi dan tahap kecergasan dapat dikekalkan.

Aaron-Wooi Yik mula selektif pilih kejohanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia menyuarakan hasrat untuk mengekalkan stamina serta tahap kecergasan menjelang saingan musim baharu yang akan bermula pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena 6 Januari ini.

Pemain kelahiran Melaka itu menjelaskan, dia dan pasangan, Soh Wooi Yik sudah pun mengikuti proses pemulihan yang sudah termasuk dalam program latihan, ditambah pula dengan usia semakin meningkat.

Kata Aaron, menjelang musim 2026 nanti, mereka akan melakukan beberapa perubahan seperti memilih mana-mana kejohanan perlu disertai nanti termasuk 12 kejohanan Jelajah Dunia yang wajib.

“Mungkin itu (stamina) adalah pandangan daripada jurulatih, beliau rasa mungkin tahap fizikal kita perlu ditambah baik lagi. Bukan nak cakap kita paling tua di sini, tetapi boleh dikatakan senior.

“Kami pun harap dapat kekalkan kecergasan dan tahap fizikal. Kami pun selalu mengikuti program latihan yang dibuat, memang ada program pemulihan, jadi itu bukan satu masalah,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi memberi penekanan kepada faktor kecergasan barisan pemain negara, terutamanya Aaron-Wooi Yik ketika temasya Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand sebelum ini.

Sementara itu, Aaron juga meletakkan sasaran untuk beraksi kurang daripada 20 kejohanan menjelang saingan musim depan bagi memastikan kondisi dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Mungkin sekitar 18 hingga 20 (kejohanan) tahun depan tetapi kami akan cuba buat bawah 20. Saya harap kami juga boleh kekalkan ranking dalam kelompok tiga teratas kerana kadang-kadang ia membantu dari segi undian,” ujarnya.00

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI