PETALING JAYA – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen membabitkan pemain warisan Harimau Malaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, ia susulan laporan yang diterima daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Setakat ini hanya dua rakaman percakapan telah diambil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan),” katanya ringkas sebentar tadi.
Terdahulu, FAM dilaporkan membuat laporan polis bagi mengesan dalang di sebalik isu pemalsuan dokumen membabitkan pemain warisan Harimau Malaya.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dilaporkan berkata, langkah itu diambil susulan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) dalam laporan penuh mereka. – KOSMO! ONLINE














