fbpx
MARCOS Senesi (kanan) sentiasa menjadi watak utama kepada Bournemouth sepanjang musim ini. - AFP

Barcelona, Atletico Madrid buru Senesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Dua gergasi Sepanyol, Barcelona dan Atletico Madrid dilaporkan sedang bersaing untuk mendapatkan pertahanan Bournemouth, Marcos Senesi.

Daripada laporan di Sepanyol, Senesi bebas untuk menandatanganu pra kontrak dengan kelab luar England pada Januari ini memandangkan kontraknya bersama The Cherries ketika ini akan tamat pertengahan tahun depan.

Mundo Deportivo melaporkan Atletico Madrid kini terdesak untuk mendapatkan tonggak baharu bagi memperkukuhkan barisan pertahanan.

Berita ini pastinya beri tamparan buat Bournemouth selepas seorang lagi tonggak pasukan, Antoine Semenyo mungkin akan meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan selepas ini.

Barcelona juga turut dikaitkan dengan bintang Crystal Palace, Marc Guehi yang juga kontraknya akan tamat pada Jun nanti.

Daripada laporan semasa, Manchester City dijangka akan menjadi destinasi pilihan buat Semenyo sekiranya ambil keputusan ‘angkat kaki’ keluar daripada Bournemouth. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN