fbpx
Aliran trafik meningkat di Plaza Tol Gombak ketika ini.

Cuti Krismas: Lebuh raya utama sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama di seluruh negara meningkat dan bergerak perlahan berikutan pergerakan pengguna sempena cuti Krismas dan cuti persekolahan akhir tahun.

Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 12.33 tengah hari ini, peningkatan jumlah kenderaan dikesan di beberapa lebuh raya utama melibatkan laluan utara, selatan serta sekitar Lembah Klang.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, trafik perlahan dilaporkan dari Rawang ke Bukit Beruntung, Slim River ke Bidor, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Bandar Baharu ke Jawi, Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua serta Sungai Petani Selatan ke Sungai Petani Utara.

Bagi arah selatan pula, kesesakan dari Seberang Jaya ke Juru serta Juru Auto City ke Plaza Tol Juru.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Bukit Gambir ke Tangkak, trafik bergerak perlahan susulan kemalangan di Kilometer (KM) 173.0 yang menyebabkan lorong kanan terhalang, manakala aliran trafik turut perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

Di Lembah Klang, kesesakan turut dilaporkan di beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang, Lebuh Raya Setiawangsa–Pantai, Lebuh Raya Baru Pantai serta Lebuh Raya Cheras–Kajang.

Keadaan sama berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak dengan trafik perlahan dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak serta Gombak ke Genting Sempah, selain di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah arah selatan dari Bandar Saujana Putra ke Bandar Gamuda Cove. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN