fbpx
Gambar hiasan

Ejen insurans tidak mengaku tipu pelaburan RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdaya seorang lelaki sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM900,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Teong Chooi Tim, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Chooi Tim, 33, didakwa memperdaya seorang lelaki dengan menyamar sebagai pengarah syarikat pengurusan kewangan dan menawarkan pulangan keuntungan lumayan bagi pelaburan berjumlah RM900,000, sedangkan tertuduh bukan pengarah syarikat berkenaan.
Perbuatan itu mendorong mangsa membuat pemindahan wang melalui 31 transaksi ke dalam 17 akaun bank di sebuah premis perniagaan di Cheras, di sini, antara 25 November dan 22 Disember 2023.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Batrisyia Mohd Khusri mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua orang penjamin tempatan berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Ng Mei Yi memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya tidak berkemampuan dan menanggung ibu bapanya yang sudah tua.

Norma membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Hakim Norma menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN