fbpx
JUALAN Cuci Gudang akhir tahun Habib selama empat hari menawarkan diskaun istimewa untuk barangan kemas emas dan batu permata.

Tawaran hebat Jualan Cuci Gudang Habib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenama barangan kemas terkemuka, Habib sekali lagi menemui pelanggan setia dengan Jualan Cuci Gudang selama empat hari, bermula 25 sehingga 29 Disember ini di bilik pameran Habib seluruh negara.

Jualan Cuci Gudang merupakan acara tahunan Habib, yang menawarkan potongan harga istimewa merangkumi barangan kemas emas 999 dan 916, berlian, serta batu permata yang unik.

Menurut Habib dalam satu kenyataan, inisiatif tersebut me­rupakan sebahagian daripada usa­ha pihaknya untuk menghargai pelanggan setia melalui tawaran istimewa menjelang penghujung tahun.

Jelasnya, selari dengan tagline ‘The Gift of Happiness’, Habib sentiasa mengutamakan kegembiraan pelanggan.

“Pelanggan berpeluang menikmati tawaran istimewa untuk barangan kemas emas Oro Italia 916, barangan kemas 999 dan 916, serta potongan sehingga 65 peratus bagi koleksi berlian dan batu permata terpilih.

“Selain itu, subang mutiara (fresh water pearl) turut ditawarkan pada harga RM88 sahaja, dan kudapan ringan disediakan untuk dinikmati sepanjang kunjungan.

“Turut memeriahkan Jualan Cuci Gudang kali ini ialah penampilan istimewa maskot Didi, Nana dan Jojo pada 25 Di­sember (Khamis), bersempena koleksi loket emas 999.9 HABIB x Didi & Friends yang didatangkan bersama pilihan rantai tangan dalam pelbagai warna,” katanya.

Hadiah menarik turut menanti pelanggan di sepanjang Jualan Cuci Gudang Habib, antaranya rantai tangan Tiger’s Eye dengan pembelian bernilai RM6,000 ke atas dalam satu resit.

Sementara itu, pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM10,000 ke atas untuk barang kemas dalam satu resit pula akan menerima jam tangan Ice Boliday.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.habibjewels.com.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI