fbpx
Adzli pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Polis, guru antara ditahan terjebak dadah di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis Kedah merekodkan sebanyak 27,657 tangkapan berkaitan dadah sepanjang tahun ini yang menyaksikan peningkatan 13.2 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, daripada jumlah itu, seramai 23,648 orang adalah Melayu dengan daerah Kuala Muda mencatatkan tangkapan tertinggi sebanyak 5,194 kes.

“Daripada tangkapan itu, majoriti masih berbangsa Melayu iaitu 90 peratus. Selain itu, seramai 77 kakitangan awam termasuk pegawai dan anggota polis, guru dan sebagainya ditahan.
“Saya tidak malu untuk memaklumkan perkara ini kerana kita tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

Beliau berkata, Kontinjen Kedah turut mencatatkan peningkatan rampasan dadah berjumlah RM47.1 juta dalam tempoh sama berbanding RM8.8 juta pada tahun lalu.

“Rampasan ini meningkat sehingga 500 peratus tahun ini dengan rampasan terbanyak adalah bunga ganja sebanyak RM15 juta diikuti syabu (RM13 juta) dan heroin base (RM10 juta),” ujarnya.

Menurut beliau, tangkapan tersebut merupakan kejayaan besar dalam usaha membanteras dadah di Kedah meskipun Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah hanya mempunyai kekuatan seramai 54 pegawai kanan dan 264 anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI