fbpx
Gambar hiasan.

‘Body shaming’ bukan kelakar, itu luka dan ‘pijak’ orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Masuk (tahun) 2026, kita ‘upgrade’ (naik taraf) humor. Sebab lawak yang perlukan mangsa, sebenarnya bukan humor. Itu cara kita pijak orang tanpa rasa bersalah”.

Itu saranan oleh Public Health Malaysia (PHM) mengenai budaya ‘body shaming’ (kecam badan), semata-mata untuk menghiburkan orang lain.

Menurut PHM, perbuatan berkenaan perlu dihentikan kerana ia boleh membuatkan individu yang disasarkan terluka.

“Ada lawak yang buat satu meja ketawa.
Ada lawak yang buat satu orang diam, sampai balik rumah dia teringat.

“Yang kita dah tak mahu normalisasi lagi, ‘body shaming’. Bukan kelakar, itu luka.
Bahan OKU. Sensitiviti tak mahal pun.
Main nama orang, ulang sampai orang muak, tapi yang sakit hati dia sorang,” kata PHM di media sosial.

PHM turut menyarankan supaya ‘mangsa’ terlibat tidak berdiam diri, dan perlu mencuba untuk mendapatkan bantuan daripada teman yang boleh dipercayai.

“Kalau nak jadi kelakar, biar kelakar yang buat orang rasa selamat. Biar ketawa yang tak tinggalkan sesiapa belakang.

“Kalau anda selalu jadi orang yang ‘kena bahan’, cakap ja dengan kawan yang paling matang dalam ‘circle’ anda. Yang boleh faham beza gurau dan hina.

“Kita semua nak dunia yang ringan. Tapi jangan ringankan diri dengan memberatkan orang lain,” ujar PHM lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI