fbpx
PEMANDU bas dan wanita yang tular duduk di atas riba tampil ke IPD Jasin bagi memberi keterangan, kes disiasat dan tindakan lanjut sedang diambil.- Foto Oleh AMRAN ALI/KOSMO!

[VIDEO] Aksi riba: Pemandu bas ekspres, kenalan wanita hadir di IPD Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Pemandu bas ekspres berstatus suami orang dan kenalan wanitanya yang tular kerana membuat aksi riba hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini untuk memberi keterangan hari ini.

Pasangan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona pada pukul 4.30 petang tadi.

Difahamkan, kedua-dua mereka hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan pasangan itu dipanggil untuk memberi keterangan susulan video tular memaparkan seorang pemandu bas memangku wanita ketika dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati, pemandu bas itu sudah berkahwin, manakala gadis berusia 21 tahun tersebut adalah kenalannya.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 malam, 12 April lalu di susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan sebelum tular pada pukul 5.30 petang, keesokan harinya.

Perbuatan meriba itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu dan membahayakan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Susulan kejadian itu, syarikat bas ekspres terbabit mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan memaklumkan pemandu berkenaan telah dipecat serta-merta.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN