SUNGAI BULOH – “Mereka mungkin orang kurang upaya (OKU), tetapi mereka juga manusia biasa yang mahu bekerja dan dihargai” Demikian prinsip dipegang pengusaha Stesen Minyak Petronas Bukit Rahman Putra di sini, Mohamad Khir Amran, 67. Beliau membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU sehingga menjadikan stesennya antara contoh tempat kerja inklusif yang menyentuh hati. Mohamad Khir berkata, inisiatif pengambilan pekerja OKU itu dilaksanakan dengan kerjasama Petronas dibawah program SEEd.lab menerusi pertubuhan sosial Enoku. Menurutnya, beliau ketika itu ditanya sama ada berminat…














