fbpx
MOHD YUSOFF (kanan) turut mengesahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman (kiri) akan disiasat oleh FIFA. - SADDAM YUSOFF

Keputusan CAS bakal tentukan nasib FAM dan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bakal menentukan hala tuju dan reformasi yang akan dilakukan dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, apa juga perubahan seperti dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan Khas (IIC) tidak boleh dilakukan selagi isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya belum selesai.

Malah Yusoff turut menjelaskan status Harimau Malaya juga bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh CAS.

“FAM sudah menghantar semua dokumen berkaitan kepada CAS dan ketika ini kami sedang menunggu tarikh perbicaraan ditetapkan.

“Sekarang ini boleh dikatakan laporan dan proses sudah sampai ke peringkat CAS, cuma kita masih menunggu bila perbicaraan akan dijalankan,” katanya, dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas EXCO di Wisma FAM, hari ini.

FAM sebelum ini membuat keputusan untuk memanjangkan isu pemalsuan dokumen kepada CAS sebagai usaha terakhir mempertahankan kepentingan pasukan kebangsaan.

Sebagai rekod, FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) oleh FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib badan induk itu susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dengan mereka digantung daripada terlibat dalam bola sepak selama 12 bulan serta denda 2,000 Franc Swiss (RM10,000).

Yusoff menjelaskan setiap keputusan dibuat berlandaskan kepentingan jangka panjang dan bukan sekadar untuk menyelesaikan isu semasa.

“Proses ini perlu diselesaikan dahulu. Selepas itu barulah kita boleh buat keputusan yang lebih baik untuk FAM dan bola sepak negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI