fbpx
Zara Zya tidak melatah apabila dituduh tidak boleh hamil disebabkan penyakit kanser buah pinggang dihadapi.

‘Dia tak sihat..’ – Zara Zya dituduh tak boleh hamil sebab kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jangan layan, saya sudah lama sekat (block) dia.”

Demikian respons pelakon Zara Zya mengenai tindakan seorang individu dikenali sebagai Saiful dalam Threads yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya termasuk dakwaan tidak boleh hamil disebabkan penyakit kanser dihidapi.

Kata Zara, 40, semua kenyataan individu berkenaan dalam media sosial tidak perlu dilayan kerana menganggapnya sebagai seorang yang tidak sihat.

“Kesayangan, saya mohon jangan layan Saiful itu.

“Sudah lama saya ‘block’ sebab rasa terganggu dan tak kenal dia,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak pernah melayan segala mesej yang diterima daripada Saiful sebelum ini.

“Saya tidak pernah membalas mesej daripada dia yang seolah-olah ada balasan perbualan dengan saya.

“Dia tak sihat itu, maafkanlah dia,” ujarnya.

Rata-rata netizen juga berpendapat individu sebegitu tidak harus dilayan dan dalam masa sama mendoakan agar Zara segera pulih daripada penyakit kanser buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Sejak semalam, Saiful menjadi bualan ramai apabila tanpa henti membuat pelbagai dakwaan mengenai Zara iaitu pesakit kanser yang dianggap sebagai beban untuk dijaga orang lain.

“Zara Zya tak boleh mengandung, sah mati punya. Kena jaga dia sakit, kemungkinan untuk mati tinggi,” antara kenyataan yang dimuat naik dalam akaunnya.

Kelmarin, Zara mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser buang pinggang atau renal cell carsinoma tahap satu.

Ujarnya, sebahagian buah pinggangnya sudah dibuang dan kini perlu menjalani rawatan yang ditetapkan pihak hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI