fbpx
Kenyataan yang dimuat naik ‘Coach Cerai’ di Instagramnya semalam.

Menggalakkan atau menghasut orang bercerai kerja gila! – Coach Cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya nak jelaskan dengan sejelas-jelasnya, menggalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila! Dan itu bukanlah apa yang dilakukan oleh seorang Divorce Coach atau Coach Cerai.”

Demikian kenyataan yang ditegaskan Mohd Izary Muhammed Ikhbal atau lebih dikenali ‘Coach Cerai’ bahawa dakwaan kononnya beliau menggalakkan atau menghasut pasangan untuk bercerai adalah tidak berasas.

Menurut Mohd Izary, pelbagai tomahan, fitnah dan defamasi yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini bukan sahaja menjatuhkan maruah, malah menimbulkan rasa keliru serta terkejut terhadap tahap kejahilan segelintir pihak khususnya dalam kalangan masyarakat sendiri.
Beliau menjelaskan, peranan ‘Coach Cerai’ merupakan profesion yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan istilah tersebut hanyalah terjemahan tempatan, bukannya satu usaha untuk mengelirukan orang ramai seperti dakwaan segelintir pihak.

Mohd Izary turut membidas pandangan yang menyatakan Malaysia sebagai negara Islam tidak memerlukan khidmat ‘Coach Cerai’ dan menegaskan bahawa setiap individu berhak memilih bentuk sokongan mengikut keperluan masing-masing.

“Tidak semua klien saya beragama Islam. Jika seseorang lebih selesa mendapatkan bantuan ustaz atau pihak berkuasa agama, silakan. Tetapi mengapa tidak kedua-duanya?,” katanya.

Menyentuh isu melibatkan seorang pelakon popular, Mohd Izary mengesahkan individu berkenaan pernah mendaftar dalam programnya, namun sesi ‘coaching’ sebenar belum bermula berikutan kekangan jadual, selain mendakwa kehadirannya telah dibesar-besarkan oleh pihak tertentu

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama yang mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung aduan terhadap ‘Coach Cerai’ tanpa sebarang usaha untuk menghubunginya atau mendapatkan penjelasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI