PETALING JAYA – Sepasang pengantin mencuri perhatian ramai apabila majlis akad nikah mereka di Kundasang, Sabah tetap diteruskan secara ‘outdoor’ walaupun hujan lebat.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Mrsha238, kelihatan beberapa individu memayungi pasangan pengantin, ‘tok kadi’ dan saksi majlis bagi memastikan akad nikah tetap berjalan lancar.
Pasangan pengantin kelihatan tenang sambil tersenyum dengan gelak-tawa tetamu yang menambahkan kemeriahan suasana meskipun hujan membasahi kawasan sekitar.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut terhibur dengan situasi tersebut.
“Ini bukan jarang-jarang. Tidak pernah lagi ada dalam sejarah. Memori paling indah,” komen @Watie.
“Aduh, kesian betul. Tetapi momen-momen begini jadi kenangan juga suatu hari nanti. Lepas ini kena tengok keadaan cuaca juga kalau mahu kahwin di sana,” kata @Dayang Ayu.
“Saya sanggup cari hari kemarau ya kalau mahu nikah ‘outdoor’. Aduhai, tidak apa sekurang-kurangnya ada juga pengalaman begini nikah waktu hujan,” komen @Angelz. – KOSMO! ONLINE
@mrsha238 #kundasang #kundasangsabah #kazen #family #marriage ♬ original sound – MrSha














