fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan pengendali berkenaan terlanggar kabel elektrik sebelum terhempas ke kawasan bendang di Program Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025, hari ini.

[VIDEO] Paramotor terhempas dalam bendang langgar kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tular klip video seorang pengendali paramotor terlanggar kabel elektrik sebelum terhempas ke dalam kawasan bendang semasa demonstrasi udara di Program Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025, di sini.

Insiden itu dirakam pengunjung dalam video berdurasi 18 saat yang memperlihatkan detik cemas ketika pengendali berkenaan dipercayai hilang kawalan.

Di awal rakaman tersebut, pengendali itu dilihat menghampiri kawasan larian sebelum terlanggar kabel elektrik lalu terhempas ke dalam kawasan bendang.

Video itu menunjukkan orang ramai termasuk peserta larian tergamam sebelum memberi sebarang bantuan kepada mangsa.

Difahamkan lelaki terbabit bagaimanapun selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Seorang pengguna Facebook dipercayai pengendali berkenaan yang menggunakan nama Solo Ambush, turut memuat naik hantaran memaklumkan pihaknya akan mengadakan siaran langsung bagi menjelaskan insiden tersebut.

Kejadian itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang mempersoalkan laluan bagi demonstrasi udara tersebut.

“Takkan lah pilot x nampak ada tali panjang tebal tu,” tulis @Mynameisakhmal15.

“Biar betul main dekat area pencawang elektrik,” kata @Danielfaris2001.

“Nak main benda ni kawasan lapang, bukan kawasan pencawang,” tulis @Xxmd.7.

Beberapa pengguna media sosial turut menekankan kepentingan prosedur keselamatan yang lebih ketat bagi demonstrasi udara pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN