Gambar hiasan EV

Pakai EV canggih, mentaliti ketinggalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG

Saya ingin meluahkan sedikit kekecewaan sebagai pengguna kenderaan elektrik (EV).

Ketika ini semakin ramai yang menggunakan kenderaan EV selepas harganya mampu milik terutama selepas Proton mengeluarkan model baharu.

Stesen pengecas pula kadangkala penuh terutama pada musim perayaan atau cuti umum di lokasi menuju ke utara atau selatan tanah air.

Ada segelintir pengguna yang mengecas berjam-jam lamanya kenderaan EV mereka.

Malah bateri sudah 100 peratus penuh pun mereka masih ‘melekat’ di ­stesen, manakala pemandunya ­bersenang-­se­nang di hentian rehat atau kedai makan.

Lebih menyedihkan, apabila ditegur, alasan yang diberi mudah ‘saya bayar, jadi tak kisah nak caj berapa lama pun.’

Ini bukan soal mampu atau tidak membayar, tetapi soal adab dan empati.

Stesen pengecas awam bukan milik peribadi. Ramai lagi pengguna yang menunggu, mungkin dalam keadaan bateri kritikal.

TELSA
Kota Damasara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN