PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka gurauan supaya ibunya membuat pemeriksaan kesihatan susulan sering berasa sakit badan rupanya petanda dia bakal menerima adik baharu pada usia 29 tahun.
Nur Atika Iswana Bil Sabri, 28, berkata, pemeriksaan mendapati ibunya yang berusia 51 tahun telah hamil lima minggu yang merupakan anak keempat.
Menurutnya, dia pada mulanya berasa hairan dengan tingkah laku ibunya yang sering mengadu sakit badan dan menolak ajakan kami untuk keluar bersiar-siar.
“Awalnya, kami bergurau dengan ibu untuk buat Ujian Kehamilan Kendiri. Rupanya memang ada kandungan. Kami dapat tahu ibu hamil selepas membawanya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Bercerita lanjut, Nur Atika berkata, dalam keterujaan bakal menerima adik baharu dia bagaimanapun risau dengan kesihatan serta kandungan ibunya memandangkan wanita itu telah berusia dan keguguran beberapa kali sebelum ini.
Kakak sulung Nur Atika kini berusia 30 tahun.
“Ibu pernah keguguran sebanyak tiga kali. Tidak dinafikan kami semua risau, namun doktor sendiri kata tiada masalah untuk teruskan kandungan kali ini. Sekiranya diizinkan Allah, harap ibu akan bertahan ketika melahirkan adik nanti,” katanya.
Terdahulu tular satu video berdurasi 16 saat yang menarik minat, ramai memaparkan ibunya sedang membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.
Video berdurasi itu menarik perhatian ramai sekali gus meraih hampir satu juta tontonan serta 31,900 tanda suka di media sosial.
“Masa saya bersalin, sebelah saya ada mak cik umur 60 tahun bersalin juga. Walaupun katanya, dah putus haid lebih 10 tahun,” komen @Yusufatimah_.
“Selamat datang ke kelab bongsu tak jadi. Saya adik bongsu tapi tak jadi sebab ibu bersalin umur saya 20 tahun,” komen @Erynjoe.














