fbpx
Keratan Kosmo! Online semalam berhubung penangkapan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bersama anaknya yang didakwa mengeksplotasi amah Indonesia.

Status ‘Datuk’ milik usahawan eksploitasi amah disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis masih menyiasat kesahihan gelaran Datuk diterima seorang ahli perniagaan selepas ditangkap bersama anaknya yang dipercayai mengekploitasi dua amah Indonesia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, ini termasuk daripada mana gelaran tersebut dianugerahkan kepada suspek berusia 50-an itu.

“Berhubung gelaran Datuk, ia masih dalam siasatan polis. Kedua-dua suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan sambungan reman ditolak,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa wanita berusia 33 dan 48 tahun kini ditempatkan di rumah perlindungan untuk tindakan lanjut.

Kosmo! semalam melaporkan tindakan seorang ahli perniagaan dan anaknya dipercayai mengeksploitasi dua amah warga Indonesia sejak dua tahun lalu terbongkar apabila diberkas sekitar 2.30 petang, Khamis lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Kayangan Heights di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI