KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya Kemaman menjadi satu-satunya daerah masih terjejas.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, seramai 921 orang daripada 246 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok mempunyai 380 mangsa daripada 104 keluarga.
“Seramai 301 mangsa daripada 82 keluarga berada di SK Chukai,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, PPS SK Binjai pula masih mempunyai 240 orang daripada 60 keluarga.
Sementara itu, banjir di daerag Dungun sudah pulih dengan 251 mangsa daripada 71 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 4 petang semalam. – KOSMO! ONLINE














