fbpx
PEMAIN JDT meraikan gol selepas berjaya membenam Kelantan TRW 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. - Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS

Liga Super: JDT baham Kelantan TRW 4-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan dominasi selaku gergasi bola sepak tanah air apabila mudah menjinakkan Kelantan The Real Warriors (TRW) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Xisco Munoz berjaya merekod 12 kemenangan tanpa kalah dan mengumpul 36 mata malah ia juga meletak skuad Harimau Selatan di ambang kejuaraan kali ke-12 berturut-turut bagi musim 2025 dan 2026.

Sebaik wisel dibunyikan, Harimau Selatan tampak gagah sejurus muncul juara Piala FA untuk kali keempat berturut-turut jelas menguasai permainan dan berjaya merungkai jaringan pada minit ke-21 apabila bola sepakan lambung Manuel Hidalgo membolehkan Jairo da Silva mudah menanduk masuk menewaskan penjaga gol, Damyan Damyanov.

JDT terus mengganas pada minit ke-42 selepas bola umpanan Jairo membolehkan Teto Martin bijak menyusup masukan ke dalam kotak penalti sebelum merembat bola melepasi jangkauan Damyanov untuk meletak anak buah Munoz mendahului 2-0.

Bersambung separuh masa kedua, tuan rumah meneruskan dominasi permainan dan pada minit ke-52 mereka menambah derita skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli selepas bola sepakan lintang Hidalgo menyaksikan Oscar Arribas mudah menanduk bola masuk untuk meletak Harimau Selatan selesa dengan jaringan 3-0.JDT terus menambah derita Kelantan TRW apabila mencipta jaringan pada minit ke-55 berpunca daripada bola hantaran Jonathan Silva, tepat kepada pemain gantian Nazmi Faiz Mansor walaupun diapit dua pertahanan lawan namun sempat menampa bola menewaskan Damyanov.

Kesilapan benteng JDT mengundang padah pada minit ke-73 selepas kapten Nor Azam Azih bijak mengambil kesempatan dengan menyepak bola dari kawasan tengah padang menyebabkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed terperangkap dan sekadar melihat bola menerjah jaring.

Walaupun Kelantan TRW mampu merobek gawang JDT namun terpaksa akur dengan kekalahan dan kedudukan 4-1 yang memihak Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN