fbpx
Kejayaan yang diraih pada malam Anugerah Paling Viral tersebut membuktikan kekuatan sokongan luar biasa daripada Anna Jobling Official Fan Club, barisan peminat setia yang menjadi nadi kepada lonjakannya di pentas digital. - IQBAL ROSLI

Anna Jobling Paling Viral Online, bukti kuasa peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Anna Jobling mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Paling Viral Online pada malam kemuncak anugerah anjuran sebuah portal hiburan popular, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai selebriti paling berpengaruh dalam platform digital tanah air.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, meluahkan rasa syukur atas kemenangan berganda diraih pada acara yang julung kali diadakan tersebut.

“Alhamdulillah atas rezeki malam ini. Terima kasih kepada semua, terutama media, rakan industri dan paling penting kelab peminat saya.

“Terima kasih kerana tidak pernah berhenti mengundi dan menyokong,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kejayaan yang diraih pada malam Anugerah Paling Viral tersebut membuktikan kekuatan sokongan luar biasa daripada Anna Jobling Official Fan Club, barisan peminat setia yang menjadi nadi kepada lonjakannya di pentas digital.

Dengan lebih sejuta pengikut dalam Instagram, kelab peminat tersebut tampil sebagai simbol kesetiaan tidak berbelah bahagi, sekali gus menjadi faktor utama kejayaan Anna menggondol trofi paling berprestij malam berkenaan.

Pada malam sama, pelakon utama filem Duyung Lagenda Aurora itu turut membawa pulang satu lagi pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Selebriti Paling Viral, menjadikan kemenangan tersebut sebagai pencapaian manis dalam perjalanan karier seninya.

“Saya benar-benar hargai setiap undian, setiap sokongan. Semua ini bukan usaha seorang, tetapi hasil kerja kuat ramai pihak termasuk peminat,” ujarnya.

Malam kemuncak yang dihoskan penyampai radio, Fizi Ali dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TikTok serta YouTube membolehkan peminat dari seluruh negara menyaksikan detik bersejarah tersebut secara maya.

Selain kemenangan Anna, beberapa kategori lain yang mencuri perhatian termasuklah Digital Content Creator Paling Viral memihak kepada Ryan Bakery, manakala Siti Nordiana dan Tomok merangkul Lagu Paling Hot menerusi duet Memori Mungkin Berulang.

Drama Keluarga Itu pula diangkat sebagai Drama Paling Viral, sementara Ojen Aiwah memenangi Usahawan Paling Viral.

Kejayaan diraih sekali lagi membuktikan bahawa sokongan peminat secara online mampu menjadi kuasa penentu dalam landskap hiburan digital masa kini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI