PETALING JAYA – Tiada istilah berehat atau ‘bulan madu’ bagi ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila ada dalam kalangan mereka sudah mula bekerja untuk mencari wang saku walaupun peperiksaan itu akan berakhir secara rasmi Selasa ini. Antara pekerjaan yang dilakukan ialah pembantu kafe, mekanik dan pekerja kedai makan. Selain belanja harian, mereka mahu mengumpul wang gaji untuk menyambung pengajian selain mencari pengalaman memandangkan bukan daripada keluarga yang senang. Di Kota Bharu, Red Ronel Anak Daniel, 17, berkata, dia dan……














