GUA MUSANG – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir yang menempatkan 148 penduduk daripada 35 keluarga ditutup hari ini.
Ketua Peneroka RKT Kesedar Lebir, Nor Azmi Abdullah berkata, mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air Sungai Lebir surut.
“Alhamdulillah, keadaan cuaca semakin baik dan air sungai surut. Kita harap keadaan ini berterusan bagi membolehkan mangsa terlibat membersihkan barangan dan kediaman masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE














