PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas dengan jangkaan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang adalah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Kata MetMaysia, di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Jangkaan sama tertumpu di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan di Jelebu dan Seremban,” katanya.
Met Malaysia menambah, hujan lebat juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya),” katanya.
Turut terlibat adalah Sabah dimana kawasannya yang terkesan adalah Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat). – KOSMO! ONLINE














