fbpx
AIR Sungai Tembeling yang melimpah ke Dataran Kampung Bantal di Jerantut.

Dataran Kampung Bantal tenggelam kali kedua dalam tempoh 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Kawasan Ulu Tembeling mengalami dua kali banjir dalam tempoh empat hari apabila air Sungai Tembeling dilaporkan melimpah masuk ke dataran perniagaan di Kampung Bantal hari ini.

Selepas banjir surut kelmarin, air Sungai Tembeling kini melimpah semula ke kawasan dataran kampung tersebut pada pukul 2 petang hari ini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak kelmarin.

Penduduk Kampung Bantal Seberang, Jamizan Rashid, 47, berkata, air Sungai Tembeling kembali melimpah semula sejak semalam sehingga menenggelamkan semua premis perniagaan dan wakaf menunggu bot penambang.

“Penduduk di sini sudah tahu dan kebiasaannya air akan melimpah ke dataran kampung ini apabila hujan tidak berhenti dalam tempoh 24 jam dan sentiasa berwaspada dengan keselamatan keluarga masing-masing serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Pada masa ini semua premis masih tenggelam dan cuma kelihatan hujung bumbung kecuali pemilik yang memasang tong dram (pelampung),”katanya di Kampung Bantal di sini hari ini.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Pagi, Mi Hamidi Nipah, 58, berkata, arus sungai yang laju dari kawasan ulu yang menghanyutkan kayu balak reput menyebabkan air melimpah hingga ke paras tebing dan hampir mencecah masuk di pintu pagar sekolah rendah di situ sejak semalam.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan pemindahan penduduk kerana kediaman masing-masing berada di tempat yang tinggi.

“Fenomena ini berlaku apabila arus deras Sungai Tembeling dari kawasan ulu cuma mengambil masa antara tiga hingga empat jam untuk sampai dan mula melimpah lalu menenggelami tangga jeti dan masuk ke kawasan dataran kampung.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI