fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat melanda Kedah, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga petang ini di beberapa negeri.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.

“Di Kedah, kawasan terlibat termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN