fbpx
KEADAAN banjir yang berlaku di Kuantan hari ini.

Mangsa banjir meningkat mendadak di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 2,027 mangsa daripada 626 keluarga hari ini berbanding 223 mangsa yang direkodkan petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu Kuantan merekodkan mangsa terbanyak seramai 1,953 orang diikuti Maran seramai 74 mangsa.

“Kesemua mangsa di daerah Kuantan ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau merekodkan mangsa teramai sebanyak 98 orang diikuti PPS SK Fakeh Abd. Samad seramai 80 orang dan Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail seramai 75 orang.

“Bagi daerah Maran seramai 69 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Tetap Luit dan lima keluarga ditempatkan di PPS Bengkal Wanita Kampung Bak Bak,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hanya Sungai Belat di Kuantan berada pada paras bahaya manakala Sungai Tembeling di Jerantut, Sungai Kuantan di sini dan Sungai Mentiga di Pahang berada pada paras berjaga-jaga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN