PETALING JAYA – Fadhlina Sidek kekal sebagai Menteri Pendidikan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau sebelum ini memegang portfolio sama sejak dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Disember 2022.
Pengumuman ini sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukannya yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Terdahulu, menurut penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan, Fadhlina dilihat antara menteri paling berisiko digugurkan dalam rombakan kali ini. – KOSMO! ONLINE














