fbpx
Seorang wanita menolak kereta sorong kanak-kanak di Beijing pada 12 September 2023. - AFP

Rakyat China hamil, bersalin percuma tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China akan menanggung semua perbelanjaan berkaitan kelahiran anak pada tahun depan, kata pentadbiran keselamatan penjagaan kesihatan kebangsaan negara,  ketika pihak berkuasa cuba memberi insentif kepada lebih ramai pasangan muda untuk melahirkan zuriat.

Menjelang 2026, pemerintah China akan menawarkan pembayaran balik penuh di seluruh negara bagi semua perbelanjaan perubatan yang dilindungi polisi berkaitan kelahiran anak. Ia termasuk pemeriksaan pranatal.

“Dasar ini akan meningkatkan tahap perlindungan perbelanjaan perubatan bagi pemeriksaan pranatal sekali gus memastikan rakyat tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi  kelahiran anak,” demikian menurut kenyataan pemerintah Sabtu lalu.

Langkah itu diambil ketika Beijing bergelut dengan kaedah untuk meningkatkan populasi negara apabila jumlah penduduk menurun buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad pada 2022 dan terus merosot sehingga 2024.

Ahli-ahli  demografi menjangkakan trend itu akan berterusan disebabkan penurunan kadar kelahiran. 

Tenaga kerja negara yang semakin mengecil dan populasi warga emas yang semakin bertambah berkemungkinan akan mewujudkan tekanan tambahan kepada kerajaan tempatan yang sudah banyak berhutang.

Kadar kelahiran China menurun selama beberapa dekad akibat dasar satu anak yang berkuat kuasa dari tahun 1980 hingga 2015, serta perluasan pembandaran yang pesat.

Kos penjagaan dan pendidikan anak yang tinggi, selain ketidakpastian pekerjaan dan ekonomi yang perlahan juga menghalang ramai golongan muda daripada berkahwin serta memulakan keluarga.

Pihak berkuasa sebelum ini cuba menggalakkan pasangan untuk mempunyai anak dengan menambah cuti bersalin, faedah kewangan dan cukai serta subsidi perumahan.- AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN