fbpx
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Jalan Klang Lama, semalam.

‘Port’ lepak malam koloni Afrika diserbu imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Afrika yang didakwa sering berkumpul dan membuat kacau di sekitar Jalan Klang Lama, di sini mengundang padah apabila diserbu Jabatan Imigresen (JIM), semalam.

Operasi pukul 9.40 malam itu susulan aduan awam dan risikan selama dua minggu oleh Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM Putrajaya dengan kekuatan seramai 99 pegawai pelbagai pangkat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 131 individu yang diperiksa dalam operasi ini terdiri daripada 82 lelaki dan 34 wanita serta 15 warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan, seramai 90 individu ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita Nigeria, empat lelaki Yemen, dua lelaki Syria, satu lelaki Somalia, dua lelaki Guinea-Bissau, tujuh lelaki dan lima wanita Sierra Leone, empat lelaki dan enam wanita Liberia serta satu lelaki Mali.

“Selain itu, empat lelaki dan 10 wanita Indonesia, 12 lelaki dan dua wanita Myanmar, sembilan lelaki Bangladesh, satu wanita Vietnam, satu wanita Thailand, empat lelaki Pakistan, tiga lelaki Sri Lanka dan lima lelaki India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia di antara 21 hingga 35 tahun melibatkan pelbagai kesalahan imigresen.

Katanya, antara kesalahan itu termasuk tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

“JIM turut mengeluarkan satu saman kepada saksi (Borang 29) terhadap pemilik restoran di lokasi tersebut. Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik pas yang telah tamat tempoh dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan terbuka.

“Ia seperti kawasan parkir kereta dan di kawasan tumpuan seperti kedai makan dan restoran seterusnya menjadikan tempat tersebut untuk berhibur hingga lewat malam,” katanya.

Zakaria berkata, kesemua warga asing tersebut ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI