fbpx
Amira Othman tidak berasa ralat gagal membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular ABP37.

Ramai lagi hebat, saya tiada apa-apa tanpa peminat – Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37), penyanyi Amira Othman tidak menyangka dapat bersaing sebaris dengan beberapa nama hebat industri muzik tanah air.

Meskipun tidak memenangi anugerah tersebut, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, menyifatkan sokongan yang ditunjukkan peminat, penyokong dan kelab peminat sebagai satu rezeki yang amat besar dan tidak ternilai.

“Memenangi atau tercalon dalam mana-mana anugerah jarang sekali saya terfikir sebab menyedari diri yang tidak ada apa-apa pun.

“Ramai lagi hebat-hebat. Tapi melihat peminat, penyokong dan kelab peminat bersungguh-sungguh sokong saya adalah satu rezeki yang tak mungkin mampu saya balas.

“Menang kalah adat pertandingan tapi yang amat besar untuk saya adalah sokongan kalian semua sepanjang perjalanan saya dlm industri,” katanya dalam hantaran Instagram.

Tambahnya lagi, segala jatuh bangun dalam kerjaya seninya tidak akan berlaku tanpa kehadiran peminat yang sentiasa berada di sisi.

“Jatuh bangun susah senang, tidak ada apa-apa pun saya tanpa kalian semua.

“Pastilah Allah yang menyusun semuanya. Terima kasih dari hati saya, sayang semua,” jelas pelantun lagu Hati Hati itu.

Sebelum ini, Ernie Zakri mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular sekali gus menewaskan Amira, Aina Abdul, Wany Hasrita dan Wani Kayrie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN