fbpx
Hugo Ekitike menjaringkan dua gol buat The Reds pada aksi sebentar tadi.

EPL: Liverpool, Chelsea kembali pulih maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pasukan Chelsea berjaya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan selepas menewaskan Everton 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Blues kendalian Enzo Maresca dapat menurunkan pemain sensasi, Cole Palmer untuk bergandingan dengan Pedro Neto dan Joao Pedro di posisi serangan.

Kehadiran Palmer dilihat memberi sengat tambahan buat pasukan tuan rumah apabila meledak gol pertama pada minit ke-21 selepas menerima hantaran Malo Gusto.

Malo Gusto cipta satu peluang jaringan dan satu gol ketika menentang Everton.

Gusto yang juga pemain antarabangsa Perancis turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-45 sekali gus menghadiahkan kepenangan penting buat Chelsea dalam misi memburu kedudukan Top 4 musim ini.

Sementara itu, Liverpool semakin mempamerkan keyakinan di atas padang apabila menewaskan Brighton 2-0 di Stadium Anfield.

Dua gol dijaringkan oleh penyerang muda, Hugo Ekitike untuk memastikan juara bertahan itu mengumpul 26 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.

Lebih menarik, pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah turut dimasukkan sebagai pemain gantian pada awal babak pertama selepas mengkritik pengurus, Arne Slot secara terbuka pada minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN