fbpx
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Projek Terminal Tiga Pelabuhan Klang pagi tadi.

Projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang tidak boleh ditangguh lagi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey tidak boleh ditangguh memandangkan ia projek strategik yang kritikal untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan dan logistik serantau.

Anwar yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan projek itu hari ini berkata, setelah bertahun-tahun dirancang dan melalui pelbagai perbincangan, kerajaan kini mengambil pendirian tegas bahawa pembangunannya mesti digerakkan dengan segera.

“Kita tidak ada ruang untuk berlengah. Projek ini sudah lama menunggu, dan manfaat ekonominya terlalu besar untuk ditunda lagi,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan dan Selangor mencapai kesepakatan untuk mempercepatkan pelaksanaan, manakala semua agensi berkaitan diarahkan bertindak pantas bagi memastikan model pembangunan yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti dapat direalisasikan.

Anwar berkata, meskipun pembangunan dipercepatkan, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem harus menjadi keutamaan.

“Pembangunan negara hanya bermakna sekiranya ia berjalan seiring keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam,” kata beliau.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN