fbpx
Suspek dalam keadaan tangan bergari dibawa ke rumahnya di flat Jalan Tuna, Seberang Jaya, petang tadi. Gambar DANIAL SAAD/KOSMO!

‘Bapa tiri cemburu bila mama cakap dengan orang lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Yang kami tahu, bapa tiri tidak bekerja dan dia cemburu jika mama bercakap dengan sesiapa (orang lain).”

Demikian kata Ezlyn Ilyana Hardiha Shayrin Yezral, anak kepada mangsa pembunuhan kejam suaminya di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, di sini.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, sebelum ini bapa tirinya turut melarang ibunya, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, pergi bekerja.

“Pada awal bulan lalu, mama beritahu dia kembali bekerja di kios sebuah pasar raya dan minta kami membelikannya telefon bimbit. Sebelum ini mama bekerja di kilang dan mengenali lelaki itu (suspek) di kilang sama.

“Selepas berkahwin, bapa tiri melarang dia untuk bekerja,” katanya di sini, hari ini.

Ezlyn menyifatkan arwah ibunya seorang yang pendiam dan jarang berkongsi masalah yang dihadapi.

Mengulas mengenai kejadian berlaku, katanya, dia dihubungi adik keduanya sebelum bergegas ke rumah ibunya selepas kali terakhir mereka berjumpa kira-kira da minggu lalu.

“Semasa pertemuan itu, saya dan suami membawa mama keluar makan dan bermain boling. Mama tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah kami ada berhubung melalui WhatsApp pada Isnin lalu, dia  minta tambah nilai telefon.

“Ketika ini, kami masih menunggu proses bedah siasat. Jenazah mama dijangka dikebumikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah esok,” katanya sebak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI