ANTARA pekerja Siti Mariam dalam kalangan bekas prospek yang sedang menyiapkan tenunan samping songket tempahan pelanggan di Merchang, Marang semalam.

Songket RM65,000 hasil tangan bekas banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Tiada siapa menyangka samping songket yang dihasilkan bekas banduan memiliki kualiti seni yang sangat tinggi dan mampu dijual pada harga mencecah RM65,000 sehelai.

Pengusaha samping songket, Siti Mariam Said, 45, berkata, ke­banyakan bekas banduan mempunyai kemahiran luar biasa dalam penghasilan seni tekstil tradisional terutama mereka yang mendapat latihan ketika berada di dalam penjara.

Katanya, kilangnya sendiri kini mempunyai empat penenun yang terdiri daripada bekas banduan daripada pelbagai latar belakang.

“Setakat ini kami menerima kira-kira 45 helai tempahan sam-ping songket premium berharga RM1,900 hingga RM11,000 sehelai untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Empat pekerja saya merupa­kan bekas prospek (banduan) yang memiliki kemahiran menenun songket yang dipelajari sewaktu berada di dalam penjara.

“Produk songket seperti samping yang mereka hasilkan amat berkualiti tinggi dan memberi ke­puasan kepada pelanggan-pe­langgan saya,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Merchang di sini semalam.

Siti Mariam berkata, perusahaannya pernah menghasilkan samping songket paling mahal bernilai RM65,000 yang dihasilkan pekerjanya dalam kalangan bekas banduan.

Beliau berkata, samping song­ket termahal itu dihasilkan meng­gunakan teknik tenunan rumit iaitu limar ikat pakan, empat ka­rat dan dua wajah.

“Mereka yang bekerja dengan saya sejak lebih setahun lalu berjaya menyiapkannya mengikut permintaan pelanggan dalam tempoh empat bulan,” katanya.

Salah seorang pekerjanya yang mahu dikenali sebagai Azlan, 32, berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk mahir menenun songket sewaktu berada di tirai besi.

Beliau yang dihukum penjara lapan tahun atas kesalahan bergaduh berkata, antara teknik tenunan songket dikuasainya se­te­lah mendapat latihan di penjara ialah dua wajah, dua muka, empat karat dan satu wajah.

“Belajar menenun songket ti­­tik perubahan besar dalam hi­dup yang membolehkan saya me­mula­kan hidup baharu selepas dibebaskan baru-baru ini.

“Sepanjang di penjara, saya pernah menghasilkan ratusan samping songket biasa dan lebih 50 jenis eksklusif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN