fbpx
Gianluca Scamacca (kanan) berjaya menjaringkan satu gol pada aksi sebentar tadi.

UCL: Atalanta tambah derita Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERGAMO –  Jurulatih Atalanta, Raffaele Palladino menyifatkan kemenangan 2-1 yang dilakar pasukan ke atas Chelsea sebagai ‘magik’ sekali gus mengukuhkan status pasukan selaku lapan kelab terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim ini.

Pada perlawanan itu, Atalanta mempamerkan kebangkitan selepas ketinggalan hasil jaringan penyerang lawan, Joao Pedro dengan meraih dua gol menerusi penyudah  Gianluca Scamacca dan Charles De Ketelaere.

Menurut Palladino, keputusan tersebut boleh dianggap sempurna kerana pasukan agak bergelut selepas tewas kepada Verona dalam saingan Serie A, minggu lalu.

“Saya seperti tidak percaya kerana kita berjaya menewaskan Chelsea di halaman sendiri kerana mereka pasukan yang kuat daripada aspek teknikal dan cukup pantas. Kemenangan ini tidak ternilai dan buktikan keupayaan sebenar pasukan.

“Fokus sekarang adalah untuk pastikan kita dapat pamer aksi konsisten di peringkat domestik kerana saya mahu keseimbangan dalam pasukan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI