fbpx
Tangkap layar seorang bapa sedang menggantung gambar konvokesyen anaknya.

[VIDEO] ‘Ayah bukan hanya gantung gambar, tapi gantung keringat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang bapa yang menggantung penuh gambar konvokesyen kesemua anaknya di dinding rumah dengan wajah bangga mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @adyllarazak_, lelaki berkenaan dilihat sedang menggantung gambar anak bongsunya yang baru sahaja menamatkan pengajian, melengkapkan gambar konvokesyen anak-anaknya.

“Alhamdulillah cukup semuanya. Adik baru konvo baru ni. Paling seronok tengok abah, setiap kali gambar konvo sampai abah akan gantung gambar konvo anak-anak dia dengan bangganya senyuman tak lekang di bibir.

“Asal orang datang tengok gambar ni, dia bagitahu ni anak-anak dia semua ada diploma, ijazah. Mesti abah bangga kan anak-anak dia semua berjaya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terharu dengan kasih sayang dan pengorbanan bapa untuk membesarkan anak-anak hingga berjaya.

“Abah tu bukan hanya gantung gambar. Tapi beliau sedang gantung keringat, lelah dan bangga sepanjang besarkan anak-anak. Tahniah!,” komen Puan Kem.

“Dia macam bukti yang abah berjaya besarkan anak-anak sampai ke menara gading,” kata @xyz8955

“Dulu zaman kanak-kanak, bila pergi ziarah rumah-rumah saudara yang ada gambar macam ni mesti terinspirasi nak berjaya juga macam mereka. Alhamdulillah, tahun depan saya konvo kali kedua. Tahniah akak dan keluarga!,” komen Mini. – KOSMO! ONLINE

@adyllarazak_ alhamdulilah cukup semuanya. Adik @manqiemm baru konvo baru ni. paling seronok tengok abah, setiap kali gambar konvo sampai abah akan gantung gambar konvo anak anak dia dengan bangga nya senyuman tak lekang di bibir. Asal orang datang tengok gambar ni, dia bagitahu ni anak anak dia semua ada diploma ijazah. mesti abah bangga kan anak anak dia semuaa berjaya @Razak Othman 😆 #fyp #anakabah #diploma #ijazah ♬ original sound – Adilakuu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN