fbpx
Mohd Azhar (tiga dari kanan) dan Sabrina (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan sumbangan kotak prihatin kepada mangsa banjir di Kampung Selabak, Teluk Intan baru-baru ini.

Hotel Casuarina@Meru sumbang kotak prihatin kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hotel Casuarina@Meru telah menyerahkan sebanyak 60 kotak Prihatin Banjir yang berisi pelbagai barangan keperluan mencuci rumah kepada sebahagian penduduk yang terjejas banjir di Kampung Selabak, Teluk Intan baru-baru ini.

Program bantuan pasca-banjir itu bertujuan untuk membantu proses pembersihan dan pemulihan bagi penduduk kampung selain menyatuni dan memberi sokongan moral kepada keluarga.

Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, penduduk Kampung Selabak telah melalui dugaan yang besar dalam tempoh beberapa hari ini dan sumbangan bantuan ini akan dapat membantu mengurangkan beban mereka khususnya untuk membersihkan kediaman masing-masing.

“Kami hadir bukan sekadar untuk menyalurkan bantuan, tetapi untuk bersama-sama menyantuni dan memberi sokongan moral kepada keluarga yang terjejas.

“Diharapkan agar sumbangan ini dapat membantu dan menguatkan semangat mereka untuk kembali bangkit selepas banjir,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan tersebut di sini baru-baru ini.

Selain itu, Pengurus Besar, Puan Sabrina Ahmad Tah menerangkan, penyelarasan dan pelaksanaan bantuan ini adalah sebahagian daripada komitmen hotel untuk memastikan operasi dan sumber hotel dapat dimanfaatkan bagi menyokong keperluan komuniti.

“Kami percaya bahawa kerjasama yang kukuh antara organisasi dan masyarakat mampu membawa impak positif yang lebih meluas.

“Hotel Casuarina@Meru akan terus menyokong pelaksanaan inisiatif yang membawa manfaat kepada masyarakat dan komuniti setempat, sama ada melalui bantuan kebajikan, penganjuran program berimpak atau penyediaan kemudahan yang dapat meningkatkan kesejahteraan umum,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN