fbpx
SEBUAH kereta terpaksa menunggu lama sebelum palang parkir terbuka di Petaling Jaya baru-baru ini.

Palang parkir medan selera menyusahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara pengarang,

Pada masa ini, banyak pusat beli-belah menaik taraf sistem parkir di tempat masing-masing bagi memudahkan pengguna berurusan dengan lebih cepat dan berkesan selain menjimatkan masa mereka.

Menerusi sistem terbaharu itu, palang parkir automatik akan segera terbuka ketika kenderaan melaluinya dengan hanya merakam nombor kenderaan.

Pengguna hanya perlu menggunakan kad Touch & Go atau pembayaran automatik sebelum keluar daripada premis berkenaan dan ini memudahkan mereka kerana tidak perlu menunggu lama seperti sebelum ini.

Lain pula halnya dengan palang parkir automatik yang beroperasi di medan selera Emporium Makan, Kompleks C, Jalan Sultan, Petaling Jaya, Selangor yang dilihat menyusahkan pengguna biarpun ia sudah ditukar dengan sistem baharu.

Pengguna amat mengharapkan sistem baharu yang diperkenalkan di situ lebih memudahkan urusan memandangkan sistem sebelum ini, palang automatiknya susah untuk terbuka walaupun beberapa kali dicuba.

Bagaimanapun, sistem yang baru diperkenalkan itu turut ‘dijangkiti penyakit’ lama menyebabkan kenderaan yang ingin memasuki premis berkenaan terpaksa beratur panjang.

Apa susahnya untuk meletakkan seorang kakitangan di situ sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kacau ganggu pada sistem berkenaan, kalau tidak pun letakkan nombor telefon pegawai yang perlu dihubungi.

Difahamkan premis berkenaan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Sepatutnya perkara seumpama itu tidak berlaku kerana ia boleh mencalarkan imej dan kredibiliti MBPJ sebagai PBT yang dianggap efisien di mata masyarakat.

Di harap pihak berkenaan mengambil berat dengan isu ini demi kebaikan bersama dan kelancaran urusan pengguna di premis berkenaan.

Yang kecewa
Petaling Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN