fbpx
Azman semalam mengesahkan penahanannya dan mengakui akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin ini.

Ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin dijangka dituduh pada Isnin ini berhubung dakwaan rasuah berkaitan projek usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Beliau (Azman) akan didakwa bersama seorang lagi individu,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Media semalam melaporkan seorang Ahli Parlimen ditahan SPRM Kedah berkaitan kes melibatkan usahasama ternakan lembu (fidlot) milik kerajaan negeri. Siasatan dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan menerima RM400,000 sebagai balasan bagi membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

Malah, Azman sendiri semalam mengesahkan penahanannya dan mengaku akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini.

Pertuduhan dijangka dibuat di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 berkait projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri yang didakwa mempunyai unsur ‘pengaruh politik’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN