fbpx
Keadaan kenderaan Toyota Fortuner yang jatuh gaung sehingga mengorbankan Hassan dan Suzaimah di KM 52, Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi-Aring, Bukit Kawah, Hulu Terengganu semalam.

Jatuh gaung: JKR buat laporan polis ceroboh jalan tutup – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan papan tanda amaran dan penghadang konkrit telah dipasang dengan jelas susulan kemalangan maut melibatkan seorang lelaki dan wanita setelah kenderaan mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Hulu Terengganu, Terengganu semalam.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah keselamatan itu diambil Jabatan Kerja Raya (JK) Terengganu bagi kawasan jalan runtuh dari Kilometer (KM) 52 Jalan Kuala Jeneris sehingga Aring.

Menurutnya, penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 merangkumi sebahagian Jalan Persekutuan (FT)36 dari Seksyen 55.60 hingga Seksyen 139.30.

“Langkah penutupan berterusan turut dipantau bersama oleh pihak konsesi penyelenggaraan dan KKR memandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“KKR mengingatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta tanda penutupan yang dipasang di lokasi bencana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak JKR telah mengambil tindakan segera termasuk pemasangan papan tanda amaran dan sekatan konkrit di kedua-dua arah laluan.

“Selain itu, laporan polis terhadap pencerobohan laluan tertutup dan pendaftaran maklumat bencana jalan runtuh di portal rasmi,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, KKR melalui JKR sudah mendapat kelulusan untuk pembinaan jambatan di laluan FT036, SEKSYEN 89 , dari Jalan Aring 8 sehinga Kuala Jeneris dengan kos sebanyak Rm36 juta.

Katanya, status terkini adalah diperingkat perolehan dengan Surat Setuju Terima dijangka diserahkan pada sukuan keempat Disember 2025.

Semalam, seorang lelaki dan wanita dipercayai bakal berkahwin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Fortuner dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Bukit Kawah, Hulu Terengganu.

Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Hassan Shazali, 52, yang juga seorang guru, dan pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN