fbpx
Keadaan pondok uzur yang didiami pasangan warga emas berusia 100 dan 80 tahun di Kampung Kundang, Rompin.

‘Harap ada yang sudi bantu kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang wanita warga emas dari Kampung Kundang di sini setia berkorban menjaga suaminya berusia 100 tahun yang terlantar sakit meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Lebih menyedihkan, Lingau Tajau hanya bergantung kepada susu pekat untuk mengalas perut yang diminum menggunakan tiub dengan dibantu isteri, Tipah Kelik, 80, dan anak ketiga mereka.

Tiga beranak itu tinggal di sebuah rumah uzur yang diperbuat daripada buluh dan kayu hutan, manakala bumbung pula kanvas. Pondok itu juga tidak dilengkapi bekalan elektrik dan air bersih.

Anak pasangan itu, Lina, 50, berkata, dia tidak mampu membeli susu khas dan lampin pakai buang untuk bapanya kerana ha­nya bergantung dengan jualan ha­sil hutan.

“Kami menggunakan kain yang dicuci setiap hari bagi meng­gantikan lampin pakai bu­ang, manakala susu khas pula di­ganti dengan susu pekat untuk bapa yang terlantar kerana sakit tua. Kalau ada sekali pun lampin yang diberikan orang.

Lingau yang terlantar dijaga isterinya, Tipah di rumah mereka di Kampung Kundang, Rompin.

“Disebabkan masalah kewa­ngan, kami tidak dapat membawa bapa ke hospital untuk rawatan susulan, jadi tiada ubat pada masa ini,” katanya ketika di­temui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut Lina, disebabkan ke­sempitan hidup, bapanya yang turut menghidap penyakit parkinson berhenti menerima rawatan sejak lima tahun lalu.

Katanya, sejak itu, kesihatan warga emas berusia satu abad tersebut semakin merosot dan hanya terlantar dengan memi­num susu melalui tiub.

“Kali terakhir bapa saya ke hos­pital kira-kira lima tahun la­lu, doktor beritahu tidak sembuh selepas itu dia tidak lagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Tambah wanita itu, bapanya ju­ga tidak menerima sebarang ban­tuan daripada mana-mana pi­hak kecuali pemberian anak-anak.

Selain susu khas dan lampin pa­kai buang, antara keperluan lain yang diperlukan Lingau adalah kerusi roda dan tilam untuk keselesaan dan memudahkan pen­­­­­jagaan warga emas tersebut.

“Saya tidak tahu hendak me­mohon dengan siapa, jadi saya amat berharap ada individu atau pihak yang sudi membantu menyediakan keperluan tersebut,” katanya.

Tinjauan Kosmo! mendapa­ti keadaan Lingau begitu me­nyedih­kan kerana hanya terlan­tar atas lantai buluh dengan ke­lopak matanya sudah tidak da­pat dibuka kerana sudah dipenuhi dengan tahi mata.

Orang ramai yang ingin membantu Lingau boleh menghubu­ngi Lina di talian 019-936 1129 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Lina A/P Lingau bernombor 1061 2905 6789.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN