fbpx
Gambar hiasan.

Tiada had maksimum, sumbangan PIBG ikut persetujuan ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang menetapkan kadar kutipan sumbangan yang dikenakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan ketetapan sebarang amaun sebagai had maksimum kutipan sumbangan PIBG.

“Segala amaun sumbangan ditetapkan merupakan persetujuan bersama ahli PIBG,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) adakah KPM bercadang menetapkan had maksimum bagi yuran PIBG yang terlalu tinggi di sesetengah sekolah sehingga membebankan ibu bapa.

Terdahulu, Fadhlina berkata, KPM sentiasa komited memastikan murid menikmati kemudahan terbaik di sekolah bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajan.

Menurut beliau, PIBG turut memainkan peranan penting dalam usaha itu khususnyamelalui pelbagai bentuk sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.

Kata beliau, penubuhan PIBG adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 di bawah Akta Pendidikan 1996.

Jelas beliau, PIBG dianggotai oleh semua guru dan ibu bapa murid di sekolah, manakala Guru Besar atau Pengetua bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

“PIBG dibenarkan mengutip sumbangan yang amaunnya adalah seperti yang dicadangkan dan dipersetujui oleh ahlinya dalam Mesyuarat Agung Tahunan serta hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar.

“Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menambah baik keperluan murid serta menaik taraf prasarana sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN