fbpx
Muhammad Syahmi (tengah) didenda RM4,000 kerana merakam seorang wanita dalam tandas dengan telefon bimbit di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Lelaki rambut perang intai, rakam wanita dalam tandas didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Padah mengintai dan merakam seorang wanita menggunakan telefon bimbit di tandas sebuah pusat membeli-belah, di sini pada dua minggu lalu, seorang penganggur didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Muhammad Syahmi Mat Ros, 24, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam mangsa menggunakan telefon bimbit sewaktu mangsa berada di dalam tandas.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Syahmi di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat satu sebuah pusat membeli-belah di sini pada pukul 6.12 petang, 20 November lalu dan kes mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI