PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam buah negeri.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dari 5 Disember hingga 6 Disember ini.
“Sementara itu, hujan berterusan turut dijangka melanda seluruh Terengganu dan Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dari 6 Disember sehingga 7 Disember.
“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran tersebut turut melibatkan beberapa daerah di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu.
“Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu dari 7 Disember hingga 8 Disember ini” katanya. – KOSMO! ONLINE














