fbpx
Suspek kes bunuh warga emas di Kg. Koh diberkas polis

Suspek kes bunuh warga emas di Kg. Koh diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Suspek kes pembunuhan seorang warga emas berusia 78 tahun di Kg. Koh, Sitiawan dekat sini pada Sabtu lalu diberkas pihak polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, suspek yang berusia 40-an ditahan pihaknya di Seri Manjung.

“Pihak polis telah membuat satu tangkapan berkaitan kes bunuh. Tangkapan akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah ekoran parah di kepala di rumahnya dipercayai dicangkul suspek.

Mangsa yang maut ditemui ahli keluarganya sebelum mereka melaporkan kepada pihak polis pada Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN